Iqbal 2nd Birthday Bash..!
Oklah untuk tread kali nie suasana dia lain sikit semperna meraikan birthday boy yg bernama IQBAL. Iqbal merupakan anak kedua buat pasangan Ina & Bad. Mulanya dia agak sukar didekat dan ala² pemalu gitu. Mungkin dia tidak biasa dengan aku atau beraksi manja di depan lensaku. Merasakan semua gerak gerinya dirakam .. semakin lama dia semakin ceria tambahan pula selepas acara memotong kek. Beberapa acara diatur bagi memeriahkan majlis sambutan kelahiran sikecil ini. Majlis berlangsung agak simple tetapi sememangnya meriah dengan kehadiran dan gelak tawa sanak saudara & kawan². Memang enjoy habis..! so layan dulu gambar nie ..
Singgah Sebentar di Penang
PERGINYA AYAH KESAYANGAN KU.. Al-Fatihah..
6.30pm :: 5oct2009 @ Hospital Sultan Abd Halim : : Aku berlari sambil mendokong hani untuk mencari "Kenanga 1 Aras 4". Tidak ku peduli persekitaran ketika itu. Aku hanya mencari seseorang iaitu AYAH.. di mana AYAH ? tetiba kaki ku terhenti kaku tatkala ku melihat sanak saudara berkumpul di suatu ruangan, ku melihat sekujur tubuh yang lemah dan kaku terlantar di satu sudut .. terdapat pelbagai wayar yg di pasang dan diletakkan ke badannya.. ku berjalan lemah ke arahnya. Diakah AYAH ku? YA ALLAH, remuknya hatiku ketika mengetahui yg sekujur tubuh itu rupa²nya milik ayah kesayangku. Airmataku seolah² tidak mampu disekat² lagi. Aku menangis, menangis, menangis dan terus menangis. Aku menangis seolah² tidak sedar namun aku beristighfar, beristighfar dan terus beristighfar. Lalu Aku mengambil wudhuk dan bacaan yassin ku berikan buat AYAH yg terbaring koma. Di sudut hati kecilku, masih tersimpan "Ya Allah, Sembuhkanlah Ayah ku". Dikala aku sedang membaca Surrah Yassin, bagiku ini merupakan bacaan yg amat berat untuk ku baca. Terasa terlalu panjang dan lamanya aku membaca. Tidak seperti bacaan malam² Jumaat atau Bacaan yg selalu ku sedekah kepada sesiapa saja. Bacaan kali ini terasa sedu sedan ku, sedihku , pedih hatiku namun aku tetap teruskan untuk mu insan yg bernama AYAH. 11.00pm :: 5oct2009 Keputusan yang sukar telah dibuat oleh kami empat beradik. Doktor mengatakan Ayah tidak mempunyai harapan untuk hidup. Hanya bergantung pada bantuan pernafasan sahaja. Kami Redha Ya ALLAH! kami semua sempat memeluk cium ayah, meminta maaf pada ayah, meminta halalkan makan minum kami selama menjadi anak ayah, berterima kasih padanya kerna menjaga kami adik beradik dgn penuh kasih sayangnya lalu kubisikkan syahadah ke telinganya. Kekadang aku rebah ke lantai seolah² terasa dunia gelap tiada lagi cahaya, tidak mampu memijak kerna terasa tapak bumi ini bak tanah jerlus. Mungkin kerna masih tidak mampu menerima hakikat yang ayah bakal meninggalkan kami selama²nya. 12.10am :: 6oct2009 Menggigil tubuhku melihat Nurse datang dan mengOFF plug mesin pernafasan ayah. Seolah² macam dia OFF vacuum kat umah dia jer. Subhanallah! Beratnya daguaan mu Ya ALLAH.! Ketika itu doc hanya membenarkan Ayah ditemani Mak , Along dan PakNdak .. Untuk mengucapkan kalimah Shahadah di telinganya. Yang lain hanya dibenarkan menunggu diluar sahaja.
Selang beberapa minit Along datang mendapatkan kami adik beradik di ruang menunggu sambil mengatakan .. AYAH sudah Pergi meninggalkan kita buat selama²nya..
Walaupun aku bergelar Photographer namun menggigil tangan ku untuk merakamkan gmbr ini walau hanya dengan HP. Amat berat bagiku dugaan mu ini Ya Allah1.00am :: 6Oct2009 Bersiap sedia membawa Ayah pulang ke kampung halaman nya untuk dimandi & dikafankan. Terima Kasih buat Petugas² Di Wad Kenanga 1 HSAH yg bnyk membantu kami dan memahami situasi kami sekeluarga. 10.30am :: 6oct2009 @ Masjid Simpang 3 Pasir : : Ayah dibawa ke masjid untuk disembahyangkan. kampung nie merupakan tempah dimana dia dilahirkan dan dibesarkan.