RSS

PERGINYA AYAH KESAYANGAN KU.. Al-Fatihah..

Berikan aku sedikit ruang untuk luahan hati ku .. 11am :: 5oct2009 @ Ofis :: Kuala Lumpur : Aku dikejutkan dgn panggilan telepone yg mengatakan ayah aku jatuh dan di masukkan ke wad.. wad mana ? masih lagi mencari di mana hospital.. wad nya .. katilnya.. cederanya.. kenapa ? pelbagai soalan menerjah benak fikiran aku.. Aper aku patut buat nih? aku blur time tue.. panik! Aku terus call Along,kakNgah dan Akak .. untuk memaklumkan mereka. Menyuruh mereka yg terdekat mencari di mana Ayah. Aper yg telah berlaku padanya. di dalam hatiku, "Ya Allah kau selamatkanlah Ayah kesayangku Ya Allah" 2pm :: 5oct2009 @ Highway: : Suami tersayang memecut laju di highway. Masih jelas di mata signBoard menunjukkan lagi 340km Sungai Petani. Ya Allah time tue rasa nak terbang jer. SMS berderu² masuk dgn pelbagai maklumat & pertanyaan. Namun Aku masih mampu menjawab tenang. Di IPOH hujan mulai turun dgn lebat sehingga perjalanan ke SP sedikit sebanyak melambatkan perjalanan kami.

6.30pm :: 5oct2009 @ Hospital Sultan Abd Halim : : Aku berlari sambil mendokong hani untuk mencari "Kenanga 1 Aras 4". Tidak ku peduli persekitaran ketika itu. Aku hanya mencari seseorang iaitu AYAH.. di mana AYAH ? tetiba kaki ku terhenti kaku tatkala ku melihat sanak saudara berkumpul di suatu ruangan, ku melihat sekujur tubuh yang lemah dan kaku terlantar di satu sudut .. terdapat pelbagai wayar yg di pasang dan diletakkan ke badannya.. ku berjalan lemah ke arahnya. Diakah AYAH ku? YA ALLAH, remuknya hatiku ketika mengetahui yg sekujur tubuh itu rupa²nya milik ayah kesayangku. Airmataku seolah² tidak mampu disekat² lagi. Aku menangis, menangis, menangis dan terus menangis. Aku menangis seolah² tidak sedar namun aku beristighfar, beristighfar dan terus beristighfar. Lalu Aku mengambil wudhuk dan bacaan yassin ku berikan buat AYAH yg terbaring koma. Di sudut hati kecilku, masih tersimpan "Ya Allah, Sembuhkanlah Ayah ku". Dikala aku sedang membaca Surrah Yassin, bagiku ini merupakan bacaan yg amat berat untuk ku baca. Terasa terlalu panjang dan lamanya aku membaca. Tidak seperti bacaan malam² Jumaat atau Bacaan yg selalu ku sedekah kepada sesiapa saja. Bacaan kali ini terasa sedu sedan ku, sedihku , pedih hatiku namun aku tetap teruskan untuk mu insan yg bernama AYAH. 11.00pm :: 5oct2009 Keputusan yang sukar telah dibuat oleh kami empat beradik. Doktor mengatakan Ayah tidak mempunyai harapan untuk hidup. Hanya bergantung pada bantuan pernafasan sahaja. Kami Redha Ya ALLAH! kami semua sempat memeluk cium ayah, meminta maaf pada ayah, meminta halalkan makan minum kami selama menjadi anak ayah, berterima kasih padanya kerna menjaga kami adik beradik dgn penuh kasih sayangnya lalu kubisikkan syahadah ke telinganya. Kekadang aku rebah ke lantai seolah² terasa dunia gelap tiada lagi cahaya, tidak mampu memijak kerna terasa tapak bumi ini bak tanah jerlus. Mungkin kerna masih tidak mampu menerima hakikat yang ayah bakal meninggalkan kami selama²nya. 12.10am :: 6oct2009 Menggigil tubuhku melihat Nurse datang dan mengOFF plug mesin pernafasan ayah. Seolah² macam dia OFF vacuum kat umah dia jer. Subhanallah! Beratnya daguaan mu Ya ALLAH.! Ketika itu doc hanya membenarkan Ayah ditemani Mak , Along dan PakNdak .. Untuk mengucapkan kalimah Shahadah di telinganya. Yang lain hanya dibenarkan menunggu diluar sahaja.

Selang beberapa minit Along datang mendapatkan kami adik beradik di ruang menunggu sambil mengatakan .. AYAH sudah Pergi meninggalkan kita buat selama²nya..

Walaupun aku bergelar Photographer namun menggigil tangan ku untuk merakamkan gmbr ini walau hanya dengan HP. Amat berat bagiku dugaan mu ini Ya Allah

1.00am :: 6Oct2009 Bersiap sedia membawa Ayah pulang ke kampung halaman nya untuk dimandi & dikafankan. Terima Kasih buat Petugas² Di Wad Kenanga 1 HSAH yg bnyk membantu kami dan memahami situasi kami sekeluarga. 10.30am :: 6oct2009 @ Masjid Simpang 3 Pasir : : Ayah dibawa ke masjid untuk disembahyangkan. kampung nie merupakan tempah dimana dia dilahirkan dan dibesarkan.

Jenazah Ayah disembahyangkan
Jenazah Ayah bersedia dikebumikan selepas disembahyangkan
Hujan Renyai² turut merasai pemergian Ayah. Ayah dikebumikan bersebelahan kubur Ibunya yang mana turut meninggalkan kami pada Jan2009 lepas.
Ayah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kg. Simpang 3 Pasir. Maka pada 6 Oct 2009 ini dengan rasminya bergelarlah aku sebagai Anak Yatim. Hanya doa yang mampu kami berikan buat ayah sebagai sedekah di alam barzakh. Semoga roh ayah dilimpahi & dicucuri dengan RAHMATNYA.. AMIN ..
Pesanku buat teman² yg masih mempunyai Ayah & Ibu, hargai & Sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangimu di masa² kecil. Janganlah meninggikan suaru mu walaupun sepatah "Ah!" pun buat mereka. Tiada Ayah atau Ibu yang terbaik yang mampu menyayangi kita selain Ibu & Ayah kita sendiri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS